Propaganda ct ph.

Saya diberitahu bahawa PH telah mula menyebarkan propaganda berdasarkan penipuan yang tidak dinamakan sumber melalui WhatsApp – seperti apa yang berlaku sebelum PRU14.

Insya Allah. Ada netizen yang sudah muak dengan penipuan PH telah menyangkal “data dan fakta” PH. https://t.me/Pekembar

Saya kongsi di sini:

☘ PERBEZAAN..
YG TELAH
DILAKUKN KERAJAAN PH.

Minyak RON95
BN: RM2.36 pernah capai RM2.80

(Mana pernah sampai RM2.80 di bawah BN? Paling tinggi pun RM2.36. Itu pun untuk satu minggu sahaja. Sejak 3 tahun lalu ini, RON95 pernah jatuh ke RM1.60 untuk beberapa bulan – misalnya pada bulan Mac 2016 https://www.theedgemarkets.com/article/ron95-rm160-ron97-rm195-diesel-unchanged-march )

PH: RM1.92 paling tinggi RM2.08.

(Ramai sudah lupa ke, RON95 pada bulan Disember 2018 adalah RM2.20 kerana Guan Eng kenakan cukai petrol 30 sen satu liter. Selepas Najib bongkarkan, Guan Eng terpaksa turunkan menjadi RM1.92 satu liter. Lepas tu naik balik lagi ke RM2.08 sekarang.)

Bantuan Khas Pesara
BN: RM250

(Siapa kata hanya RM250? RM500 untuk pesara dan RM1,000 untuk semua penjawat awam.) Tengok sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/372335/bonus-penjawat-awam-pesara-hari-ini-najib

PH: RM500.

(Bantuan Khas penjawat awam hanya RM500 sahaja) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/510128/bayaran-khas-dibayar-esok-guan-eng )

BRIM
BN: RM1200
PH: RM1480
(Setiap anak umur 18 tahun ke bawah dapat RM 120)

(Di bawah BN, BR1M adalah RM2,000 untuk tahun 2018. Bukan RM1,200. Belum masuk lagi bayaran khas RM1,500 untuk anak penerima BR1M yang layak masuk ke Universiti. Lagipun, PH sudah mansuhkan BR1M untuk orang bujang, BR1M untuk orang yang berpendapatan RM3,000 hingga RM5,000)

Biasiswa
BN: 2016-2018 tiada peruntukan

(Ini pun ada orang percaya? Jika tiada biasiswa untuk 3 tahun, sudah kecoh satu Malaysia. Memang ada dan pada kadar lebih tinggi dari PH)

PH: RM3.8Billion untuk tahun 2019.
(Potong adalah. Mana ada tambah? MyBrain pun sudah mansuh)

https://suara.tv/08/11/2018/najib-jelas-perbandingan-penyusutan-biasiswa-dengan-graf/ )

Royalti Minyak
BN: Negeri UMNO sendiri Terengganu tidak dapat royalti minyak..
(bila MB Terenganu bersuara dalam mesyuarat, dipecat walaupun bertanya ikut saluran)

(Tiap-tiap tahun di bawah BN Terengganu dibayar royalti minyak RM210 juta:
https://www.malaysiakini.com/news/409570 )

PH: Semua negeri pengeluar minyak dapat royalti penuh.

(Mana pernah PH bayar royalti penuh? 20% royalti minyak sudah bayar ke?)

Plan bantuan FELDA
BN: setiap tahun bayaran one-off RM700
PH: RM77juta untuk bayaran one-off, khairat kematian & elaun sara hidup bagi peneroka yang ladang sedang penanaman semula.

(Isu FELDA ini tak bayar PH tipu lagi. Peneroka2 yang kini menderita tahu siapa yang lebih baik. Semua rindu zaman BN. Yang RM77 juta itu nak bahagi 120,000 peneroka dapat berapa untuk elaun hidup? RM600 setahun?)

Tol
BN: 5 tahun naik 2 kali (PRU 2013 janji nak mansuh tol dalam bandar)

(Tol hanya naik sekali sahaja dalam tempoh 9 tahun Najib jadi PM iaitu pada tahun 2016 sahaja. Itupun tol pihak swasta. Semua tol di bawah Lebuhraya PLUS tak pernah naik selama 9 tahun Najib jadi PM)

(Banyak tol telah dimansuhkan di bawah Najib. Empat tol sahaja pada akhir tahun 2017 iaitu tol Batu Tiga, Tol EDL Johor, Bukit Kayu Hitam dan Batu Tiga dan tol Sungai Rasau. BN pun tak pernah janji manushkan semua tol dalam bandar.)

PH: Diskaun 30% pada waktu puncak, percuma waktu 11pm-5am.
(Dalam rundingan dengan syarikat pemegang konsensi)

(_*Janji nak mansuhkan semua tol. Kini mahu bagi diskaun tengah malam. Itupun belum buat lagi sudah mahu claim?)

Peruntukan sekolah daif
BN: pembantu Rosmah seleweng RM4billion dana projek solar sekolah daif Sarawak.

(Projek solar sekolah Sarawak mana ada sampai RM4 bilion? Itupun RM1 bilion bagi buat solar untuk setiap sekolah termasuk kos membekal diesel, genset dan penyelenggaraan untuk 380 sekolah tiap-tiap bulan untuk 5 tahun. Pembantu Rosmah didakwa terima RM5 juta dari pengendali projek. Mana datang songlap RM4 bilion itu?)

PH: RM1Billion untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak, peruntukan terus kepada kerajaan negeri Sarawak.

(Ini lagi kelakar. RM1 bilion itu sebenarnya sudah diperuntukkan dalam Bajet 2018 BN. Tetapi, PH tak mahu bayar. PH hanya bayar selepas kerajaan Sarawak pinjam RM1 bilion kepada PH untuk PH bagi balik kepada Sarawak)
https://dayakdaily.com/tawaran-dana-rm1-bilion-kepada-kerajaan-persekutuan-adalah-niat-murni-kerajaan-sarawak/

Kos projek Mega
BN: ECRL: RM71Billion (kos sebenar bawah BN RM55 bilion. Di mana datang RM71 bilion)
MRT3: RM31Billion
MRT2: RM39Billion

PH: ECRL: RM40Billion (Sudah buat ke? Skop apa telah potong?Belum buat jangan claim)
MRT3: RM15Billion ) (PH sudah mansuhkan MRT3 lah.. Apa kebodohan ini?)
MRT2: RM30Billion. (ini kerana bayak stesen sudah dihentikan dan saiz stesen sudah diperkecilkan. Ini bukan penurunan harga tetapi penurunan skop projek. Lain kali naik perbesarkan dan tambah balik stesen lagi mahal.)

PROPAGANDA MENIPU PH masih diteruskan?

Sudah menang dengan fitnah. Selepas menang masih mahu tipu dan fitnah rakyat?

👍🇲🇾👌😁

Tolak fitnah dap.

STATISTIK KES HIV

Sekali Serban Dililit. 109
15 Rejab 1440 | 22 Mac 2019

Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililit

DAP Hilang Kewarasan.

  1. Sebelum ini (pada 6 dan 9 Mac 2019), pimpinan utama DAP (Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming) melompat lantun tidak ubah seperti “kera kena belacan”, lalu menyerang kerjasama PAS dan UMNO apabila dilihat ummat Islam kian bersatu.

(👆 saya telah jawab pada siri penulisan yang lalu)

  1. Terkini, (pada 21 Mac 2019) ADUN Keranji (DAP) Perak Chong Zhemin pula kepanasaran lantas menempelak Kelantan kerana tiada pawagam lalu mendakwa kononnya Kelantan catat kes HIV tertinggi.

Realitinya :

  1. Statistik yang dicatat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana yang disunting oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
  2. Statistik kes HIV tahun 2015:
  3. Selangor : 767 kes
  4. Johor : 451 kes
  5. Wilayah : 448 kes
  6. Sabah : 233 kes
  7. Sarawak : 230 kes
  8. Pahang : 177 kes
  9. Kelantan : 169 kes

👆 (Negeri – negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)

  1. Statistik kes HIV tahun 2016:
  2. Selangor : 888 kes
  3. Wilayah : 499 kes
  4. Johor : 321 kes
  5. Sarawak : 258 kes
  6. Sabah : 256 kes
  7. Pahang : 212 kes
  8. Kelantan : 189 kes

👆 (Negeri – negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)

  1. Statistik kes HIV tahun 2017:
  2. Selangor : 986 kes
  3. Wilayah : 464 kes
  4. Johor : 347 kes
  5. Sarawak : 226 kes
  6. Sabah : 211 kes
  7. Penang : 193
  8. Kedah : 187
  9. Perak : 154
  10. Kelantan : 136 kes

👆 (Negeri – negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)

  1. Selepas ini, entah apa lagi fitnah murahan yang bakal direka cipta oleh bangsa DAP untuk menutup isu skandal terowong di Penang dan juga mendepani gelombang kerjasama PAS dan UMNO yang bakal merubah landskap politik tanahair.
  2. Saya percaya, DAP telah hilang sentuhan politik waras. Kini mereka terpaksa menggunakan skil politik fitnah dan gaya politik provokasi untuk mencetus keresahan rakyat agar tidak menyokong kerjasama PAS dan UMNO.
  3. Namun saya memberi keyakinan penuh kepada rakyat khasnya anak-anak muda yang cerdas aqal dan celik politik untuk menilai dan menolak politik provokasi dan politik fitnah yang diamalkan oleh DAP mutaakhir ini.
  4. Politik arrogant DAP yang dilihat sedang mendominasi kerajaan Pakatan Harapan hari ini semakin hilang kawalan. Terhuyung hayang “kemabukan” dibawah pengaruh emosi teruja berada di puncak kuasa.

Tolak Fitnah DAP

Sekian.

Bangkit tolak dap. In shaa Allah.

Ambil masa utk baca dgn teliti👇👇👇👇

PENTING
Awas! Pakar Strategi DAP Tak Sengaja Telah Dedahkan “Dasar Bumi Hangus” DAP?
.
Terma bagi strategi ketenteraan iaitu “Dasar Bumi Hangus” yang digunakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong untuk menggambarkan kerjasama antara PAS dan UMNO ini sebenarnya adalah satu dasar yang parti DAP tidak pernah hentikan walaupun mereka telah membentuk kerajaan.

Ramai beranggapan strategi yang digunakan DAP selama ini bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional – yang ternyata akhirnya berjaya dilaksanakan, hanya digunakan sebagai strategi sebelum PRU-114.

Tetapi sangat jelas DAP mengamalkan dasar ini sebagai strategi jangka panjang, dengan memainkan sentimen perkauman melampau sejak sekian lama, menyuburkan fitnah dan mencipta persepsi serta pembunuhan karakter demi menjatuhkan musuh politiknya.

Ini termasuk memanipulasi dan membangkitkan perasaan benci dalam kalangan masyarakat Cina terhadap kaum Melayu dan dibantu oleh kejayaan mereka ‘berkahwin’ dengan musuh tradisi mereka sendiri iaitu Tun Mahathir dan partinya Bersatu sebagai pelengkap kepada dasar ini.

Hakikatnya, setelah UMNO dan Barisan Nasional dikalahkan pada PRU-14 kira-kira 10 bulan lepas, DAP berterusan melaksanakan Dasar Bumi Hangus ke atas negara ini dan mereka tidak pernah berhenti sesaatpun dalam mengamalkan dasar tersebut.

Melalui cara dasar ini dipraktikkan, mereka menjarah harta-harta dan aset negara yang berkesempatan mereka temui sepanjang memerintah dengan menumpukan terhadap aset dan harta Melayu Islam termasuk Tabung Haji.

Dasar ini sedang dan bakal menguntungkan DAP dalam apa jua cara sekalipun meski mereka berkemungkinan akan kalah pada PRU-15 kerana semakin ditolak rakyat terutamanya Melayu dan Bumiputera.

Maka mereka melipatganda usaha ‘membumi-hanguskan’ negara dengan pelbagai cara, sama seperti teori asas kepada dasar itu sendiri, bezanya kini ia berlaku dalam senario peperangan politik dan kuasa.

Oleh kerana itu setelah mengambilalih kerajaan dan mengetahui hakikat kekayaan negara, sehingga kini DAP berteruskan mengamalkan Dasar Bumi Hangus ini sehingga bumi Malaysia ini akan benar-benar ‘hangus’ dan kekeringan sumbernya sehingga PRU-15.

Ketika itu yang akan mendapat keuntungan besar ialah DAP apabila pelbagai kekayaan negara sebelum ini telah berjaya dialih keluar, antaranya melalui REIT, PSV, bantuan dana ke pendidikan swasta dan juga menjual pelbagai aset ke Singapura.

Ketika itu kalah menang sudah tiada ertinya lagi, negara sudah kontang hasil dan bertimbun hutangnya, manfaat maksima hanya dinikmati oleh mereka yang berkuasa dan sebaliknya rakyat tidak menikmati manfaat yang sama malah berterusan ditekan dan ditindas.

Kumpulan yang menang mengatasi DAP dan sekutunya kemudian akan berhempas pulas dengan sumber dan baki rizab kontang yang ada, di mana sebahagian besarnya telah dialih keluar, dijual atau disalurkan ke pihak lain secara sistematik.

Seperti pengamalan Dasar Bumi Hangus itu sendiri apabila sebuah pasukan tentera sebelum berundur dari medan peperangan, sebarang bangunan, penempatan, peralatan ataupun sumber yang boleh dimanfaatkan oleh pihak lawan, akan dimusnahkan lebih awal dengan apa cara sekalipun agar tidak memberi kelebihan kepada pihak lawan apabila mereka mengambil alih kelak.

Justeru rakyat seluruhnya tanpa mengira agama dan warna kulit, perlu bangkit menolak DAP dan Pakatan Harapan, sebelum matlamat mereka tercapai untuk ‘membumi-hanguskan’ negara.
.
https://www.editormalaysia.com/8559/
.
https://inforakyatkini.blogspot.com/2019/03/liew-chin-tong-tidak-sengaja-dedah.html