Tolak fitnah dap.

STATISTIK KES HIV

Sekali Serban Dililit. 109
15 Rejab 1440 | 22 Mac 2019

Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililit

DAP Hilang Kewarasan.

  1. Sebelum ini (pada 6 dan 9 Mac 2019), pimpinan utama DAP (Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming) melompat lantun tidak ubah seperti “kera kena belacan”, lalu menyerang kerjasama PAS dan UMNO apabila dilihat ummat Islam kian bersatu.

(👆 saya telah jawab pada siri penulisan yang lalu)

  1. Terkini, (pada 21 Mac 2019) ADUN Keranji (DAP) Perak Chong Zhemin pula kepanasaran lantas menempelak Kelantan kerana tiada pawagam lalu mendakwa kononnya Kelantan catat kes HIV tertinggi.

Realitinya :

  1. Statistik yang dicatat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana yang disunting oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
  2. Statistik kes HIV tahun 2015:
  3. Selangor : 767 kes
  4. Johor : 451 kes
  5. Wilayah : 448 kes
  6. Sabah : 233 kes
  7. Sarawak : 230 kes
  8. Pahang : 177 kes
  9. Kelantan : 169 kes

👆 (Negeri – negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)

  1. Statistik kes HIV tahun 2016:
  2. Selangor : 888 kes
  3. Wilayah : 499 kes
  4. Johor : 321 kes
  5. Sarawak : 258 kes
  6. Sabah : 256 kes
  7. Pahang : 212 kes
  8. Kelantan : 189 kes

👆 (Negeri – negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)

  1. Statistik kes HIV tahun 2017:
  2. Selangor : 986 kes
  3. Wilayah : 464 kes
  4. Johor : 347 kes
  5. Sarawak : 226 kes
  6. Sabah : 211 kes
  7. Penang : 193
  8. Kedah : 187
  9. Perak : 154
  10. Kelantan : 136 kes

👆 (Negeri – negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)

  1. Selepas ini, entah apa lagi fitnah murahan yang bakal direka cipta oleh bangsa DAP untuk menutup isu skandal terowong di Penang dan juga mendepani gelombang kerjasama PAS dan UMNO yang bakal merubah landskap politik tanahair.
  2. Saya percaya, DAP telah hilang sentuhan politik waras. Kini mereka terpaksa menggunakan skil politik fitnah dan gaya politik provokasi untuk mencetus keresahan rakyat agar tidak menyokong kerjasama PAS dan UMNO.
  3. Namun saya memberi keyakinan penuh kepada rakyat khasnya anak-anak muda yang cerdas aqal dan celik politik untuk menilai dan menolak politik provokasi dan politik fitnah yang diamalkan oleh DAP mutaakhir ini.
  4. Politik arrogant DAP yang dilihat sedang mendominasi kerajaan Pakatan Harapan hari ini semakin hilang kawalan. Terhuyung hayang “kemabukan” dibawah pengaruh emosi teruja berada di puncak kuasa.

Tolak Fitnah DAP

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s